Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

Movie
8 Jun 2023 • 10:05 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Astro Shaw

Filem Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof meneruskan kecemerlangannya apabila meraih kutipan sebanyak 41 juta dalam tempoh 12 hari tayangan di seluruh pawagam Malaysia termasuk Singapura dan Brunei. 

Ia Sekaligus  menjadikan Polis Evo 3, sebagai filem nombor satu yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 2023, apatah lagi berjaya mengetepikan beberapa francais filem antarabangsa yang sebelum ini mendominasi pawagam tempatan. 

image is not available

Polis Evo 3 juga berjaya mencipta gelombang dan fenomena tersendiri apabila menduduki tangga kesembilan dalam carian Google sepanjag bulan Mei 2023. 

Bahkan, filem yang diterajui Shaheizy Sam dan Zizan Razak serta Sharnaaz Ahmad selaku watak antagonis  ini turut rancak diperkatakan di media-media sosial seperti TikTok, Instagram dan Twitter. 

Rata-rata memuji jalan cerita dan kualiti pembikinan filem Polis Evo 3 sehingga ada yang sudah menontonnya berkali-kali. 

Tidak hanya itu, Polis Evo 3 juga turut mendapat pujian daripada kalangan penonton filem bukan Melayu yang menyifatkan ia sebagai filem yang hebat dan setaraf dengan Hollywood. 

image is not available

Demam Polis Evo 3 juga dapat dirasai menerusi siri jelajah hujung minggu lalu yang diadakan di Kedah, Penang, dan Perak apabila  dibanjiri dengan anggaran kehadiran lebih 100 ribu peminat. 

Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak beserta Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah. 

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak. 

image is not available
Sambutan meriah ketika Roadtour TGV Klebang Perak baru-baru ini. - Gambar Astro Shaw

Filem arahan Syafiq Yusof ini turut menampilkan barisan pelakon Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. 

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. – Getaran, 8 Jun 2023