Raih Perhatian Ramai Gadis, Lelaki Berbadan Sado ‘Viral’ Lincah Buat ‘Dance Cover’ K-POP

Music
14 Jul 2023 • 2:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketika ini boleh dikatakan muzik dari negara Korea atau lebih dikenali sebagai K-POP sangat dikenali dalam kalangan masyarakat seluruh dunia.

K-POP mula berleluasa sejak tahun 2008 hinggalah ke hari ini dan Malaysia turut tidak terkecuali dari terjebak dalam fenomena ini.

Seperti seorang jejaka di platform KimchiDaily baru-baru ini, dia telah berjaya meraih perhatian daripada kalangan netizen kerana hebat menari dance cover untuk lagu-lagu K-POP.

image is not available

Kelincahan lelaki berusia 25 tahun ini membuat dance cover lagu-lagu K-POP yang sedang trending telah berjaya ‘mencairkan’ hati para gadis yang menonton video ini di platform KimchiDaily.

Antara sebab dirinya mendapat perhatian kerana jarang untuk seseorang yang kelihatan maskulin dan berbadan sado melakukan konten-konten berkaitan dengan K-POP.

image is not available

Kini video-video menarinya yang diberi nama sebagai Let’s Choom berjaya raih berpuluh-puluh ribu tontonan daripada pengikut akaun TikTok KimchiDaily serta pengguna platform terbabit.

Dapat dilihat, jejaka sado ini telah melakukan 12 dance cover K-POP yang kini sedang trending ataupun lagu-lagu yang pernah popular beberapa tahun yang lalu.

image is not available

Tidak sangka bakat besar seperti jejaka ini ada di kalangan masyarakat Malaysia dan ia sememangnya layak dipertontonkan di kalangan umum, malah boleh dijadikan contoh buat individu lain agar tidak berasa malu memaparkan bakat terpendam.

Kalau korang nak tengok video dance cover K-POP jejaka sado ini, jangan lupa serbu TikTok KimchiDaily dan komen banyak-banyak tau!

image is not available 2 months ago

Isteri Haqiem Rusli Akui Ada 'Feeling' Nak Jadi Kpop Idol - "Sebab I Rasa I Macam Rosé.."