Raih Rating Tertinggi, Penonton Puas Hati Tonton Ending ‘Behind Your Touch’

2 Oct 2023 • 12:51 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Akhirnya terlerai sudah misteri di sebalik pembunuh sebenar dalam “Behind Your Touch”!

[Amaran SPOILER]

Selepas membunuh Seon-woo (Suho), Park Jung-bae (Park Hyuk-kwon) menyembunyikan diri dari dikesan polis dan Bong Ye-bun (Han Ji-min). Walau bagaimanapun, dengan kuasa wanita itu yang melihat memori lama dengan menyentuh pinggul kanak-kanak di area itu, mereka berjaya mengesan si pembunuh tersebut.

Akhirnya, Park Jung-bae ditangkap dan diberkas hasil kerjasama Bong Ye-bun dan Moon Jae-yeol. Selepas itu, perkampungan Mujin kembali aman dari dibelenggu jenayah dan mereka mula menjalani kehidupan normal dengan hubungan cinta yang mula berputik antara kedua mereka.

image is not available

Untuk episod akhir ini, “Behind Your Touch” berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan dengan catatan 9.6%.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article