Raih RM1,000 jual aksesori jed, kristal

LocalBusiness & Finance
2 Aug 2026 • 9:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Raih RM1,000 jual aksesori jed, kristal

MELAKA – Seorang wanita menjana RM1,000 sebulan dengan menjual aksesori batu kristal dan jed menggunakan manik sebelum mempelajari teknik pembuatannya di media sosial sejak lima tahun lalu.

Nurul Nazratul Afitah Mohd. Rozi, 37, berkata, dia tidak me­nyangka tindakannya berhenti kerja sebagai eksekutif di ibu negara bagi membesarkan sendiri empat anaknya membuka rezeki baharu buat keluarganya.

Katanya, dia berbuat demikian kerana kos pengasuh anaknya mencecah RM1,000 sebulan.

“Manik yang dikumpul menjadi banyak dan saya mula buat perhiasan selepas kenal batu kristal dan jed. Saya kini menjual lebih 100 jenis seperti Rose Quartz yang dikenali sebagai batu cinta, Sakura Agate, Jarum Mas, White Jade dan Green Jade.

“Selain gelang, saya turut buat cincin, rantai, tasbih, rantai kunci dan penanda buku menggunakan batu semula jadi mengikut cita rasa pelanggan, terutama bagi sambutan hari guru, majlis keraian dan tempahan khas,” katanya.

Dia ditemui di program ­Mum2Mun Market di Kota Fe­syen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer ­Keroh, di sini semalam.

Program itu membuka peluang kepada peniaga kecil memasarkan pelbagai produk termasuk makanan, kraftangan dan barangan terpakai.

Menurut Nurul Nazratul Afi­tah, setiap produk dijual pada harga antara RM8 hingga RM110 bergantung kepada jenis batu dan reka bentuk.

Tambahnya, setiap satu ge­lang batu kristal perlu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk disiapkan bergantung kepada reka bentuk, jenis dan permintaan pelanggan.

“Perniagaan ini saya dan mulakan secara kecil-kecilan bersama seorang rakan, sejak kira-kira lima tahun lalu selepas pandemik Covid-19.

“Sambutan yang saya diterima semakin menggalakkan sehingga membolehkan kami menjana pendapatan sampingan lebih RM1,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata, selain menjualnya secara dalam talian, dia juga membuka gerai di pelbagai program bagi memperkenalkan produk itu kepada orang ramai.

Dia berharap lebih ramai masyarakat mengenali keunikan batu semula jadi yang bukan sahaja sesuai dijadikan perhiasan, malah seni kraftangan yang unik.

The post Raih RM1,000 jual aksesori jed, kristal appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved