Raikan Bulan Organik Dengan Cara Autentik Bersama Alce Nero

Health & FitnessFood
6 Oct 2025 • 4:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Raikan Bulan Organik Dengan Cara Autentik Bersama Alce Nero

Sempena bulan September dan Oktober ini, Alce Nero meraikan Organic Month dan National Pasta Month bersama rakyat Malaysia, dua acara istimewa bagi menekankan kepentingan dan kegembiraan menikmati hidangan serta gaya hidup sihat dengan memilih makanan yang asli dan organik.

Dengan pasta-pasta organik premium keluarannya, Alce Nero menggabungkan kedua-dua sambutan ini menjadi satu pengalaman penuh keenakan, memudahkan rakyat Malaysia menikmati hidangan yang bukan sahaja baik untuk diri sendiri, tetapi juga baik untuk alam sekitar.

image is not available

Sebagai jenama organik terkemuka dari Itali, Alce Nero adalah jenama dipercayai, dengan komitmen menghasilkan makanan yang berkualiti, tanpa menjejaskan alam sekitar. Setiap produk mencerminkan falsafahnya: “Ditanam dengan kasih sayang, bebas bahan kimia.”

Dari ladang hingga ke meja makan, Alce Nero bekerjasama dengan petani organik yang berdedikasi mengusahakan tanaman mereka di ladang bebas GMO dan bebas racun serangga atau baja kimia, demi memastikan keaslian dan kebaikan dalam setiap suapan.

image is not available

Seperti yang dikatakan oleh seorang penanam gandum organik Alce Nero: “Tanah adalah kehidupan. Ia adalah anugerah yang mesti kita pelihara, lindungi, dan hargai.” Setiap pinggan pasta Alce Nero adalah hasil kolektif para petani dalam menjaga kesuburan tanah dan mengekalkan keasliannya.

Pasta organik Alce Nero dihasilkan daripada gandum durum organik premium yang kaya dengan serat dan nutrien, serta ditanam tanpa penggunaan racun perosak, racun rumpai, atau baja kimia. Kualiti ini disahkan oleh European Organic Certification, yang menjamin tahap keselamatan dan integriti makanan tertinggi.

Tanpa sebarang bahan kimia berbahaya atau GMO, pasta Alce Nero bukan sahaja berkhasiat malah mengekalkan fungsi semula jadi badan. Diet organik sebegini juga yakin dapat menyokong gaya hidup lebih sihat serta mengurangkan risiko penyakit kronik.

image is not available

Pasta berwarna Alce Nero pula menggunakan pewarna semulajadi daripada bahan berasaskan tumbuhan. Pasta oren dan merah dihasilkan daripada tomato, manakala pasta hijau diperbuat daripada bayam, selari dengan prinsip organik jenama ini.

Apabila dipadankan dengan sos, minyak zaitun, atau cuka organik Alce Nero, setiap hidangan menjadi sajian berkhasiat yang memuaskan, berasaskan kepercayaan bahawa makanan haruslah berlandaskan dengan kejujuran yang mereka telah usahakan.

image is not available

Alce Nero sentiasa mengekalkan keaslian resipi dan tradisi kulinari Itali, namun tetap mudah disesuaikan mengikut selera rakyat Malaysia, yang membolehkan anda menikmati keaslian Itali dan rasa tempatan dalam satu hidangan.

“Rakyat Malaysia tidak memilih antara rasa barat atau tempatan, mereka suka kedua-duanya. Dengan pasta organik Alce Nero, anda boleh menikmati makaroni bakar hari ini, dan pasta goreng pedas ala Malaysia pada keesokan harinya.

Pasta kami umpama kanvas yang sesuai untuk apa jua resipi, sama ada berinspirasikan Itali ataupun rasa tempatan,” kata Ketua Pemasaran A.Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd., Teoh Wei Ling.

image is not available

Sempena sambutan Organic Month dan National Pasta Month, dari 1 September hingga 31 Oktober 2025, Alce Nero menjemput rakyat Malaysia menyertai Peraduan Beli & Menang bagi merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM8,000:

  • Langkah 1: Belanja minimum RM20 untuk pasta organik Alce Nero
  • Langkah 2: DM resit anda melalui @alceneromy (IG) atau Alce Nero Malaysia (FB)
  • Langkah 3 (Hadiah Bonus): Ambil gambar kreatif hidangan pasta Alce Nero anda dan tag @alceneromy

image is not available

Pilih Organik, Pilih Autentik! Bersama Alce Nero, setiap hidangan bukan sahaja menyelerakan tetapi juga penuh dengan kebaikan. Dapatkan lebih banyak lagi resipi fusion Malaysia di www.alcenero.asia/recipes, atau ikuti @alceneromy di Instagram dan Alce Nero Malaysia di Facebook untuk inspirasi harian, idea resipi-resipi baharu serta berbeza untuk dicuba di dapur anda hari ini.