Raikan Hari Ibu bersama tersayang, 4 destinasi menarik saji hidangan special area KL, Selangor

Food
10 May 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
hari ibu

SEMPENA sambutan Hari Ibu tak lama lagi, mesti ramai merancang untuk bawa insan tersayang makan-makan di tempat best.

Sekali-sekala kalau dapat meraikan hari istimewa di tempat up to date, tak salah asalkan dapat membahagiakan hati si ibu.

Sebenarnya, banyak tempat menarik di area Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh dipertimbangkan untuk disinggahi pada hujung minggu ini.

Berikut empat lokasi special sebagai destinasi raikan syurga cinta kalian:

image is not available

1. Analog KL

  • Bagi mereka yang mempunyai si ibu yang juga peminat ramen, bolehlah anda singgah makan di Analog KL.
  • Restoran yang menyajikan kulinari dari Jepun boleh dicuba selain sajian ringan seperti desert.

image is not available

Alamat: 127, SS17/1A, Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 7 malam
Facebook: Analog KL
Instagram: @analogkl

image is not available

2. Nan & Co

  • Bagi mereka yang mahukan tempat makan stail warung tapi menu mewah ala Barat, bolehlah singgah ke Nan & Co.
  • Namanya sudah menggambarkan cita rasa Mat Saleh tapi percayalah, suasana kedai makan memang cara!
  • Menu paling top ialah spageti kambing. Orang kata daging memang tak kedekut.

image is not available

Alamat: 108, Jalan PJU 1a/5, Ara Damansara, Selangor
Waktu operasi:
Facebook: Nan & Co
Instagram: @nan.n.co

image is not available

3. Lola

  • Antara restoran kaca dengan panorama indah. Pasti ibu kalian terpesona dengan dekorasi dalaman sentuhan Middle Eastern.
  • Paling menarik sudah tentunya bab makanan, sama ada mahu nasi ataupun selera Barat, semuanya tersedia.

image is not available

Alamat: 2A, Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 10 malam
Facebook: Lola by Serai Group
Instagram: @lola.byseraigroup

image is not available

4. Urban Daybreak

  • Antara lokasi sarapan pagi paling famous area Bangsar, Kuala Lumpur.
  • Kalau ibu kalian jenis sukakan sarapan pagi Australia autentik, bolehlah singgah ke Urban Daybreak.
  • Boleh rambang mata dibuatnya kerana banyak pilihan dan minuman kopi yang disediakan khas oleh barista.
  • Persembahan makanan pun cantik dan menyelerakan!

image is not available

Alamat: 11, Jalan Telawi 5, Bangsar, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 5.30 petang
Facebook: Urban Daybreak
Instagram: @urbandaybreak

Kalau usha instagram mereka, foto yang dikongsikan memang mengiurkan.

Apa kata selepas bawa ibu jalan-jalan shopping, anda boleh singgah senarai kafe yang disenaraikan di atas.

image is not available
Foto sumber: Pexels

Jika ada tempat lagi gempak untuk meraikan Hari Ibu, bolehlah share di ruang komen kami.

Selamat Hari Ibu buat semua!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.