
KUALA LUMPUR, 9 Mei 2024 — Peruncit pembaikan rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], bersedia untuk menjadikan bulan Mei sukar dilupakan.
Dengan sambutan yang akan datang seperti Hari Ibu dan Hari Guru, peruncit menganjurkan inisiatif ‘A-MAY-ZING Offer [Tawaran Isti-Mei-Wa]’ yang menarik sepanjang bulan Mei. Dari 1 Mei hingga 31 Mei 2024, cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara akan menampilkan lebih 100 produk, termasuk bunga tiruan, kad ucapan bertemakan bunga, cawan kaca dan botol (antara 230ml hingga 420ml), pemegang pen, bingkai foto, bekalan pembersih, bateri, makanan kucing, kain lap basah, tuala wanita, serta pelbagai makanan ringan dan minuman, semuanya dengan diskaun sehingga 60%.
Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata, “Inisiatif 'Tawaran Isti-Mei-Wa' kami adalah untuk meraikan mereka yang teristimewa—ibu tercinta, guru dan semua individu penting yang memberi inspirasi kepada semua. Sepanjang bulan yang luar biasa ini, matlamat kami adalah untuk mencipta detik yang tidak dapat dilupakan bagi orang ramai di samping komitmen kami menyediakan rangkaian produk yang luas pada 'Always Low Prices'. Pada penghujung hari, kami mahu meringankan beban kewangan mereka kerana hadiah yang bermakna tidak semestinya datang dengan tanda harga yang besar.”
Pelanggan boleh membeli hadiah untuk ibu dan guru mereka, seperti botol kaca, bunga tiruan, kad ucapan dengan bunga sambil menikmati makanan ringan bermula dari RM2.50 dan keatas. Sebagai tambahan kepada ‘Tawaran Isti-Mei-Wa’ oleh MR D.I.Y., anak syarikatnya, MR. DOLLAR, juga menganjurkan inisiatif serupa, memberikan potongan 30 peratus untuk barangan isi rumah yang bergaya, serta produk F&B.
Untuk senarai penuh inisiatif ‘Tawaran Isti-Mei-Wa’ layari, https://www.mrdiy.com/promotion/mrdiy-a-may-zing-gifts-offer-2024. Lawati mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, sosial media Facebook, dan Instagram untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y..
