Rainbow Six Siege Digodam dan Semua Pemain Menerima Kredit Bernilai $13 Juta

TechnologyGaming
29 Dec 2025 • 7:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelayar Rainbow Six Siege diserang oleh sekumpulan penggodam semalam dengan ia menyebabkan semua pemain menerima 2 bilion R6 Credit, Renown, Alpha Packs, dan pelbagai skin eksklusif secara percuma. Ubisoft menjual 15,999 R6 Credit pada harga $100 dan ini bermakna setiap pemain menerima $13.3 juta daripada penggodam untuk membeli barangan dalam permainan. Penggodam turut mengharamkan akaun milik pembangun dalam serangan yang dilakukan awal pagi Ahad waktu Malaysia.

image is not available

Disebabkan serangan ini, kesemua pelayar Rainbow Six Siege kini telah dinyahaktifkan oleh Ubisoft untuk proses tetapan semula dan menampal kerentanan yang menyebabkan serangan berlaku. Sehingga awal pagi ini, Rainbow Six Siege masih tidak boleh diakses oleh pemain dan Ubisoft mengatakan mereka sedang giat untuk mengembalikan permainan kepada pengguna. Permainan tidak boleh diakses menerusi PC, PS4, PS5, Xbox Series S/X dan Xbox One.

Ubisoft akan mengembalikan permainan ke tetapan sebelum pelayar diserang. Pemain yang membelanjakan kredit yang diterima tidak akan diharamkan. Kesemua transaksi yang dilakukan selepas digodam akan dibatalkan dan kesemua barangan yang “dihadiahkan” oleh penggodam akan ditarik semula.

View Original Article