Rais Hussin dilantik sebagai CEO MRANTI baharu berkuat kuasa 9 Oktober

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2023 • 9:18 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rais Hussin dilantik sebagai CEO MRANTI baharu berkuat kuasa 9 Oktober

zulfadli

09/10/2023 - 09:18

KUALA LUMPUR 9 Okt - Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) melantik Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa hari ini.

Agensi itu berkata, Rais mengambil alih jawatan daripada pemangku CEO dan ketua pegawai komersial, Khairil Anuar Sadat, mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dan rekod kepimpinan yang kukuh dalam pelbagai sektor.

Dalam peranan baharunya, Rais akan bertanggungjawab memacu visi strategik MRANTI dan menyelia operasi hariannya.

Katanya, beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang telekomunikasi, teknologi dan keusahawanan.

"Saya komited untuk menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan organisasi sebagai pemecut teknologi dan inovasi serta mengukuhkan ekosistem inovasi di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MRANTI, Prof Dr Rofina Yasmin Othman pula berkata, pengalaman luas Rais dan pemahaman mendalam mengenai nilai teknologi dan inovasi akan memainkanperanan penting dalam mengemudi MRANTI mencapai kejayaan yang berterusan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved