Rais Kekal Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid

Politics
28 Mar 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

JASIN - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Beliau berkata ia disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepadanya semalam.

“Saya ingin mengesahkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO telah memaklumkan kepada saya (bahawa) tidak ada surat pembatalan itu dan Datuk Rais diabsahkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam di sini malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sepucuk surat tular bertarikh 27 Mac yang mendakwa kemenangan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu dibatalkan.

Surat berkenaan memaklumkan berlakunya ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada proses pemilihan UMNO bahagian itu yang berlangsung di sebuah hotel baru-baru ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved