Raja Charles III berkongsi kad pertama Krismas sebagai Raja Britain

Entertainment
13 Dec 2022 • 6:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LONDON: Keluarga diraja Britain berkongsi kad ucapan sempena Krismas yang menampilkan wajah Raja Charles III dan Permaisuri Camelia, lapor UPI.

Kad itu turut mengandungi ucapan ringkas pasangan diraja itu, “Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu.”

Ucapan ringkas itu adalah yang pertama sejak 1952 dari salasilah keturunan diraja selepas bonda Raja Charles, Ratu Elizabeth II menduduki takhta selama 70 tahun.

Ratu Elizabeth ialah raja paling lama memerintah dalam sejarah Britain, mencapai Jubli Platinum pada Jun.

Foto baginda berdua itu diambil pada 3 Sept di Sukan Braemar oleh jurugambar Samir Hussein.

Sudah menjadi kelaziman, kerabat diraja akan menyambut Krismas dan Tahun Baharu di Sandringham House milik Ratu Elizabeth di Norfolk.-Bernama