'Raja Hairun' direman kes hina institusi raja

13 Apr 2023 • 2:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PDRM

KUALA LUMPUR - Pemilik akaun Facebook bernama ‘Raja Hairun’ yang ditahan di Temerloh, Pahang pada Rabu kerana disyaki menghina institusi diraja di laman sosial, direman dua hari bermula hari ini (Khamis).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, permohonan reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau berkata, kes berkenaan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved