Cerita ini adalah kisah benar yang di ceritakan oleh seorang wanita yang tinggal di perkampungan yang berada sebuah pulau di negeri Sabah. Di bawah ini adalah beberapa pengalaman yang diceritakan sendiri 1.Raja jin yang tinggal di rumahku.
Menurut perkongsian wanita ini, kejadian itu berlaku pada tahun 1995, di mana pada waktu itu, dia berumur lingkungan sebelas tahun. Dan pada tahun itu, hampir kesemua penduduk kampung tidak mempunyai bekalan elektrik. Hanya menggunakan pelita dan lampu minyak tanah, untuk digunakan pada malam hari.
Berdasarkan ceritanya, pada malam tersebut, setelah selesai makan, mereka telah di arahkan ibunya untuk tidur. Seperti biasa posisi wanita ini adalah dibahagian tengah, diantara kakak dan adiknya. Apabila wanita ini mula melelapkan matanya, dia tersedar keadaan pada malam itu, menjadi gelap kerana, lampu pelita itu sudah pun terpadam. Kemudian, dia pun menutup kedua-dua matanya. Tiba-tiba terdengar suara adiknya yang menangis memegang erat tangannya sambil berbisik. “Kak ada Raja”, wanita itu pun, cuba untuk menenangkan adiknya yang amat ketakutan. Jadi, wanita itu bergegas bangun dari tempat tidurnya untuk mengejutkan kakak nya yang lena tidur. akan tetapi, tidak dihiraukan juga.sekali lagi,
Adiknya berbisik dan mengatakan “dia datang! Dengan suara terketar ketar. pada mulanya, mereka melihat cahaya kecil berubah menjadi terang seperti bulan. Dalam cahaya itu muncul sepasang lelaki dan wanita yang berpakaian seperti raja dan permaisuri, lengkap dengan memakai mahkota. Tidak dinafikan wajah kedua-duanya sangat sempurna rupa paras nya. Makhluk itu tersenyum manis, dan menjunjung tangan sama seperti filem hang Tuah, menyembah ke arah mereka berdua.
Dia dan adik nya hanya menangis tanpa suara kerana ketakutan yang amat tidak dapat digambarkan.
Setelah di sembah, makhluk itu tersenyum melihat ke arah mereka. Cahaya terang itu, beransur mengecil lalu menghilang, keadaan waktu itu menjadi gelap seperti sediakala adik wanita itu berbisik lagi “marilah pergi ke bilik ibu” suaranya yang masih terketar-ketar.
Sejak kejadian itu berlaku, adik wanita tersebut berubah. Yang sering menangis dan teriak meminta makan. Walaupun sudah diberi makan berkali- kali, dia tetap berasa lapar. Dan sampai satu masa, ibu mereka mencari alternatif untuk membawa adiknya berubat kepada seorang ustaz. Berkat pertolongan ustaz tersebut adiknya beransur membaik. Ustaz itu juga, mengatakan terdapat sekeluarga jin yang turut tinggal bersama d atas bumbung rumah mereka.


Hantar artikel/video berkaitan #KisahSeram dan berpeluang menangi hadiah sebanyak RM5,500! Ketahui lebih lanjut di sini.
Linah Jamli adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
.png)


