Raja Kemboja terima menghadap Anwar

Politics
27 Mar 2023 • 11:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Raja Norodom Sihamoni (kanan) berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Diraja Kemboja pada Isnin sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, - Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Anwar menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan, beliau telah menyampaikan hasrat kerajaan Malaysia untuk terus memperkukuhkan jalinan hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak 66 tahun lepas, pada sesi itu.

Perdana Menteri turut mengadakan kunjungan ke atas Presiden Senat Kemboja, Say Chhum dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja Heng Samrin dan bertukar-tukar pandangan.

"Dalam kepadatan jadual, saya sempat menyantuni diaspora Malaysia dalam satu majlis di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh selain menyampaikan hasrat kerajaan agar kebersamaan dan kesepaduan terus dituntut meski berada di luar negara,” katanya.

Anwar hari ini tiba di Kemboja untuk lawatan rasmi sehari bagi memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dan negara itu sejak 1957.

Lawatan rasmi dan sulung Perdana Menteri ke negara itu adalah atas undangan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved