Raja Muda berkenan tonton perlawanan akhir Piala Dato’ Mokhtar Dahari

27 Aug 2024 • 8:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PETALING JAYA, 27 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor mencemar duli ke perlawanan akhir Piala Dato’ Mokhtar Dahari 2024 di Stadium MBPJ di sini, malam ini.

Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah kira-kira jam 7.45 malam disambut EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi dan Ketua Polis Selangor Dato’ Hussein Omar Khan.

Perlawanan akhir malam ini menyaksikan pemain dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya menentang SMK Shah Alam.

Setakat minit ke-30, SMK Shah Alam mendahului perlawanan dengan jaringan gol 2-1 biarpun kedua-dua pasukan bermain dalam hujan.

Sebanyak 96 sekolah menengah dan kebangsaan seluruh negeri menyertai Kejohanan Piala Dato’ Mokhtar Dahari dan Piala Raja Muda Selangor (RMS) yang bermula Ogos ini.

Penyertaan melibatkan 32 pasukan bagi Piala Dato’ Mokhtar Dahari bawah 18 tahun, bawah 15 tahun serta bawah 12 tahun untuk Piala RMS.