Raja Muda Perlis: Pekerja teknikal perlu lengkapkan diri dengan kemahiran terkini

28 Nov 2023 • 3:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KANGAR: Pekerja bidang teknikal perlu sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran terkini berdasarkan perkembangan teknologi dan keperluan industri masa hadapan seperti Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (gambar) bertitah perkembangan global terkini khususnya revolusi industri itu berpaksikan teknologi terbaharu yang menyasarkan persekitaran industri, ekonomi dan kehidupan lebih pantas, pintar serta dinamik.

“Kejayaan sesebuah negara tidak akan dapat dicapai tanpa adanya sumber tenaga kerja yang terlatih, kompetitif dan mempunyai kepakaran dan keupayaan semasa,“ titah baginda ketika merasmikan Majlis Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) peringkat negeri 2023 di Dewan 2020 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) Kementerian Kerja Raya Mohd Sakeri Abdul Kadir dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis Ir Mohd Shahril Mohd Said.

Sementara itu, Mohd Shahril dalam ucapannya berkata HPTN menjadi platform bagi pekerja bidang teknikal menyuarakan pandangan serta mempromosikan profesion itu kepada generasi muda.

Penganjuran HPTN 2023 bertemakan ‘Profesion Teknikal Pemacu Pembangunan Malaysia MADANI’ itu julung kalinya dianjurkan oleh JKR Perlis. -Bernama