Raja Muda Selangor berangkat ke Majlis Iftar Muhibah MBSJ, santuni penerima sumbangan

LocalPolitics
23 Feb 2026 • 11:47 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 FEB: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke Majlis Iftar Muhibah anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Stadium MBPJ, semalam.

Pada majlis tersebut, Tengku Amir Shah menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada penerima yang layak sebelum bersama hadirin mengikuti tazkirah Ramadan.

“Majlis tersebut juga diadakan sempena perlawanan Liga Super antara Selangor FC dan Kuching City FC yang turut disaksikan oleh Raja Muda, Tengku Amir Shah,” menurut MBSJ di Facebook.

Baginda turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Turut hadir Datuk Bandar MBSJ, Dato’ Amirul Azizan Abdul Rahim dan Timbalan Datuk Bandar MBSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali.