Raja Norway dirawat di hospital di Langkawi akibat jangkitan

Entertainment
28 Feb 2024 • 9:22 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Raja Norway, Raja Harald V dimasukkan ke sebuah hospital di Langkawi kerana mengalami jangkitan ketika bercuti di Malaysia, kata keluarga diraja Norway, semalam.

Raja berusia 87 tahun itu sedang dalam lawatan peribadi ke negara Asia Tenggara itu.

"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja telah jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia, dan dimasukkan ke sebuah hospital di Langkawi kerana mengalami jangkitan.

“Baginda mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway," kata keluarga diraja itu dalam satu kenyataan.

Raja Harald menjadi ketua negara istiadat Norway sejak 1991 dan merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah.

Baginda berulang kali dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan beberapa tahun kebelakangan ini, dan pernah menjalani pembedahan jantung.

Putera Mahkota Haakon merupakan Pemangku Raja ketika ketiadaan Raja Harald V. – 28 Februari 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved