Raja Perlis Berkenan Terima Mengadap Duta Besar Republik Indonesia

23 Sep 2026 • 8:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Raja Perlis Berkenan Terima Mengadap Duta Besar Republik Indonesia

ARAU, 23 Sept (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya di Balai Mengadap Biru, Istana Arau di sini, semalam.

Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan itu mencerminkan hubungan erat yang terus berkembang antara Malaysia dan Indonesia, khususnya Perlis sejak sekian lama.

"Kedudukan Perlis yang bersempadan dengan Thailand serta berdekatan dengan wilayah utara Sumatera turut memberi kelebihan strategik kepada negeri ini dalam memperkukuh hubungan rentas sempadan serta jaringan kerjasama serantau," menurut Istana Arau.

Turut hadir Konsul Jenderal Republik Indonesia di Pulau Pinang Wanton Saragih Sidauruk.

Baca juga:

Istana Arau memberitahu hubungan Perlis dengan Indonesia diperkasa melalui kerjasama dalam bidang pendidikan, terutama menerusi penubuhan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di negeri itu.

"UMAM merupakan satu-satunya kampus Universiti Muhammadiyah pertama di luar Indonesia dan baru sahaja melantik Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Canselor baru-baru ini (pada 14 Sept lepas)," kata Istana Arau.

Menurut Istana Arau, turut aktif adalah dalam sektor ekonomi, perdagangan, pelancongan serta hubungan masyarakat, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada pertukaran kepakaran, peluang ekonomi dan manfaat bersama.

Mohammad Iman dilantik sebagai Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia pada 8 Okt 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved