Raja Permaisuri Agong akan terus terlibat dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor

6 Feb 2024 • 9:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Raja Zarith Sofiah (gambar) bertitah baginda akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) walaupun kini berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.

“Sebagai bonda kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil, adalah menjadi tanggungjawab beta bagi meneruskan hasrat Almarhum untuk membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan,” titah Seri Paduka ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah YKTLJ bagi tahun 2023 di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Titah baginda itu dimuat naik dalam hantaran di laman Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

Menurut hantaran itu, laporan prestasi dan pencapaian YKTLJ pada 2023 turut dipersembah kepada Raja Zarith Sofiah dalam mesyuarat berkenaan.

Antara aktiviti dan program yang telah dilaksana oleh YKTLJ ialah Laksamana Run, Majlis Makan Malam Amal, menaik taraf Pusat Rawatan Harian Onkologi di hospital, lawatan ke rumah dan wad pesakit serta mewujudkan sukarelawan di Universiti Teknologi Malaysia.

YKTLJ, yang ditubuh pada 2016, telah membantu lebih 3,718 kes membabitkan peruntukan lebih RM11.3 juta termasuk beberapa kemudahan untuk rawatan pesakit kanser di hospital seluruh Johor.

Turut hadir pada mesyuarat itu Ahli Lembaga Pengarah YKTLJ Datuk Dr Mohd Khairi Yakub, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ Mohd Ikmal Izam Zaini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved