Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM

29 Jun 2024 • 3:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 PPPM. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

image is not available
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 PPPM. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

image is not available
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 PPPM. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUCHING - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada Sabtu berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang juga Penaung Diraja PPPM disambut Yang Dipertua PPPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penaung PPPM Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam titah perasmian, Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan kepada semua individu yang telah menyumbang bagi menjadikan PPPM sebagai organisasi yang bermakna buat ramai anak gadis di Malaysia.

Raja Zarith Sofiah bertitah, melalui PPPM ramai anak gadis telah menimba pengalaman dan membina keyakinan untuk menjadi individu yang lebih berani dengan sifat kepimpinan.

"Kehendak dunia semakin berubah dan dalam era globalisasi dan revolusi 4.0 perubahan yang mendorong inovasi serta kreativiti berlaku dalam kadar amat pantas terutamanya dalam kalangan generasi muda.

"Melihat kepada usaha PPPM pada hari ini saya berasa bangga kerana sumbangan ahlinya seiring dengan keperluan semasa. PPPM telah berjaya membawa perubahan yang positif di dunia ini,” titah Seri Paduka Baginda.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved