Raja Permaisuri Agong zahir Ucapan Hari Wanita Antarabangsa 2025

LocalPolitics
8 Mar 2025 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 kepada semua wanita di Malaysia.

Dengan tema sambutan tahun ini, Wanita Beraspirasi Membina Legasi, Seri Paduka Baginda menyampaikan penghargaan kepada golongan wanita yang menjadi tunjang keluarga, masyarakat, dan negara.

Seri Paduka Baginda turut menyanjung peranan wanita yang bukan sahaja penting dalam institusi kekeluargaan, malah turut menyumbang dalam pelbagai bidang profesional.

“Kecekalan dan kebijaksanaan wanita dalam menghadapi cabaran menjadikan mereka sumber inspirasi dalam membina legasi bermakna untuk generasi akan datang.

“Saya turut mendoakan agar setiap wanita terus cekal dan bersemangat dalam apa jua yang mereka usahakan,“ titah Raja Permaisuri Agong dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved