Raja Salman taja 1,000 jemaah seluruh dunia tunai umrah

24 Jun 2026 • 4:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Raja Salman taja 1,000 jemaah seluruh dunia tunai umrah

RIYADH, 24 JUN: Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman Abdulaziz Al Saud meluluskan penajaan umrah kepada 1,000 jemaah lelaki dan wanita dari seluruh dunia menerusi Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Lawatan.

Menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA), inisiatif yang dibiayai sepenuhnya oleh Raja Salman itu akan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan.

Program berkenaan akan dilaksanakan dalam empat fasa sepanjang tahun 1448 Hijrah, dengan kumpulan pertama melibatkan 250 jemaah dari 16 negara Asia.

Antara negara yang terlibat ialah Indonesia, Timor-Leste, Filipina, Malaysia, Kemboja, Thailand, Vietnam, Laos, Singapura, China, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Mongolia.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan merangkap Penyelia Am program, Syeikh Dr Abdullatif Al Alsheikh merakamkan penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota atas komitmen berterusan mereka dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

Beliau berkata inisiatif itu membolehkan umat Islam menunaikan ibadah umrah serta menziarahi tanah suci dalam suasana yang selesa dan teratur.

Menurutnya, program berkenaan turut mencerminkan komitmen kepimpinan Arab Saudi dalam mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam serta memperkukuh hubungan dengan cendekiawan, ulama dan tokoh masyarakat Islam dari pelbagai negara.

Beliau berkata usaha itu juga sejajar dengan peranan Arab Saudi sebagai pusat perkembangan Islam yang sentiasa berusaha memudahkan urusan jemaah serta memperluas jaringan komunikasi dengan masyarakat Islam antarabangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved