Raja Thailand sahkan undang-undang perkahwinan sesama jenis

25 Sep 2024 • 11:17 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, semalam secara rasmi mengesahkan undang-undang perkahwinan sesama jenis, sekali gus menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menerima perkahwinan sejenis.

Undang-undang baru ini telah disahkan di Parlimen pada Jun lalu dan akan berkuat kuasa dalam masa 120 hari, iaitu pada Januari 2025.

Aktivis hak LGBT memuji keputusan Raja Thailand itu sebagai satu ‘langkah bersejarah’. Thailand kini menjadi negara ketiga di Asia yang mengizinkan perkahwinan sesama jenis, selepas Taiwan dan Nepal.

Seorang aktivis LGBT, Siritata Ninlapruek berkata, pihaknya telah berjuang untuk menuntut hak-hak mereka sejak lebih 10 tahun lalu dan akhirnya impian mereka menjadi kenyataan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Paetongtarn Shinwatra juga memberikan ucapan selamat melalui media sosial.

“Terima kasih atas sokongan dari semua pihak, ini adalah perjuangan bersama untuk semua orang,” katanya. – Agensi

View Original Article