Raja tork Yamaha MT-10 SP diabadikan pada set Lego Technic pada skala 1:5

CarsDesign
13 Jul 2023 • 8:12 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Lego, pengeluar permainan ikonik dari Denmark, memperluas penawaran mereka dalam siri Technic dengan pelancaran replika motorsikal Yamaha MT-10 SP dalam skala 1:5. Model ini tentu sekali bakal memancarkan aura "hyper naked" sebagai motor paling berkuasa pernah Yamaha keluarkan dalam kategori itu.

image is not available

Dihasilkan dengan tahap kejituan tinggi menurut pengeluarnya, set Lego ini juga menampilkan rakaan sebenar beberapa komponen yang di-Lego-kan dan berfungsi. Contohnya enjin 4 silinder dan kekotak transmisi bergerak seperti keadaan sebenar, lengkap dengan tuil penukar gear. Tak terhad kepada bahagian itu, bar pemegang juga boleh dikilas untuk disuaikan dengan ruang tempat anda ingin peragakan motor tersebut.

image is not available

Set lego ini mengandungi 1,478 unit dan apabila siap, ia memiliki dimensti 25cm tinggi, 44cm panjang, dan 15cm lebar. Tentu sekali anda perlukan permukaan yang luas untuk menyimpannya. Kalau tiada ruang, mungkin anda nak pertimbangkan untuk berikan hadiah kepada peminat motorsikal ini terutamanya yang memiliki motor sebenar sebagai pelengkap kepada koleksi mereka.

image is not available

Tidak setakat boleh dilihat secara fizikal, anda juga boleh gunakan aplikasi Lego AR untuk pengalaman realiti maya yang lebih menyeronokkan apabila boleh berinteraksi dengan model ini di atas skrin.

image is not available

Yamaha MT-10 SP bukanlah model skala pertama dalam barisan Technic. BMW 1000 RR adalah model skala 1:5 yang pertama diperkenal hujung 2021 lalu. Set tersebut kini dijual di dalam pasaran Malaysia pada harga RM1,099. Untuk set Yamaha pula, harga pasaran kita masih belum ada tetapi untuk A.S ia dijual pada harga USD240 (RM~1,116).

image is not available

Technic juga ada tawarkan model motor yang lebih kecil seperti Ducati Panigale V4S, Vespa 125, dan Batcycle kalau anda ingin tambah kolek kenderaan dua roda.

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan set Yamaha MT-10 SP, nombor setnya adalah 42159 dan layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

View Original Article