Rakam video bersolek setengah hari, DSV kecewa disamakan dengan ‘pocong’

Entertainment
9 May 2024 • 5:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida atau DSV kecewa disamakan dengan pocong susulan mengikut trend bersolek ‘Asoka’ yang sedang viral di platfrom TikTok.

Ingat senang ke nak buat

Dalam perkongsian yang dibuat DSV, dia menyatakan proses pembikinan video terbabit memakan masa sehingga setengah hari apabila perlu bersolek dan melakukan beberapa pergerakan mengikut trend tersebut.

“Ingat senang ke nak buat kena gigih korban masa tenanga kakak. Last-last macam pocong. Apooo,” tulisnya.

@datoserividaofficial

Ingat senang ke nak buat kena gigih korban masa tenaga kakak. last last cakap macam pocong apooo #datosrivida #asokamakeup #asokamakeuptrend #fyp #asokachallenge #asokamakeupchallenge @QU PUTEH BARULAH PUTEH

♬ original sound – jharna bhagwani – jharna bhagwani

DSV kecewa sahabat sendiri kutuk

Luahan yang dibuat oleh ibu kepada pempengaruh, Cik B itu susulan tindakan pengarah tersohor, Michael Ang yang berseloroh dengan menyamakan solekan yang dibuat DSV sama seperti pocong.

image is not available

DSV kecewa trend Asoka disamakan dengan pocong, tapi viewer tinggi

Difahamkan, video trend Asoka yang dikongsikan oleh usahawan tersebut telah mencecah lebih tujuh juta penonton di platform TikTok selepas dua hari muat naik.

@datoserividaofficial

DSV x Asoka Makeup Trend Tak pro tapi nak kan suasana sebab ramai yang request! #asokamakeup #asokamakeuptrend #datosrivida #dsvxasoka

♬ original sound – jharna bhagwani – jharna bhagwani

Tapi setuju la dengan Mike hahaha

Walau ramai tahu mereka berdua sememangnya bersahabat baik, namun rata-rata bersetuju dengan komen Michael Ang tersebut dan meninggalkan komen berseloroh mengatakan apa yang ada difikiran pengarah tersebut sama seperti mereka.

mereka juga memuji Michael sebagai sahabat terbaik kerana berkata jujur walaupun ia kadang kala menyakitkan hati.

Apa-apa pun, trend asoka yang dibuat DSV nampak begitu smooth dan menarik untuk ditonton.

image is not available

Biasa kawan yang baik berkata jujur

image is not available

Ni baru betul kawan Dato’

image is not available

Mike mewakilkan ramai

image is not available

Terima kasih sampaikan hal sama Mike

image is not available

Sekadar info, video solekan mengikut trend Asoka yang sedang meledak di platform media sosial telah menggunakan lagu San Sananana dari ost filem Asoka yang ditayangkan pada tahun 2001.

Filem Hindustan tersebut telah dibintangi oleh aktor popular, Datuk Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Hrishita Bhatt dan ramai lagi.

Sumber: TikTok datoserivida

View Original Article