
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna tidak kiralah yang menaiki kenderaan atau pejalan kaki seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan.
Kadangkala, ada yang sudah berhati-hati dan mematuhi peraturan namun terlibat dengan kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian serta sikap tidak bertanggungjawab orang lain.
Kereta Brek Mengejut Elak Individu Melintas Jalan
Semalam (16 Mac), tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kemalangan membabitkan dua buah kereta, Perodua Bezza dan Proton Saga.
Menerusi video tular, dapat dilihat kereta Bezza berwarna biru pada mulanya memasuki lorong kiri diikuti Proton Saga terbabit.
Namun, gara-gara seorang pejalan kaki yang melintas secara melulu dengan tidak memandang kiri jalan menyebabkan Bezza biru terpaksa menghentikan kenderaannya secara mengejut.
Tindakan Brek Mengejut Sebabkan Proton Saga Langgar Bahagian Belakang
Tindakan spontan Perodua Bezza yang mengelak dari melanggar pejalan kaki terbabit menyebabkan Proton Saga tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian belakang Bezza berkenaan.
Ekoran insiden itu, dapat dilihat bahagian hadapan Proton Saga remuk teruk namun Bezza tidak dapat dipastikan keadaannya.
Walau bagaimanapun, berdasarkan rakaman terbabit, pejalan kaki itu dilihat terus berlalu pergi dari lokasi kejadian.
Difahamkan, insiden dipercayai berlaku pada 16 Mac jam 10.23 pagi di Jalan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan.
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi & Pendapat Sendiri
Perkongsian yang telah mendapat lebih 90,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform Threads nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat kejadian itu berlaku hingga tercetusnya perdebatan.
Ramai yang berpendapat kejadian berpunca dari tindakan pejalan kaki terbabit yang tidak peka ketika melintas jalan dengan keadaan sekeliling hingga menyebabkan kemalangan.
Namun, ramai juga yang merasakan Proton Saga berkenaan sepatutnya menjaga jarak bagi mengelakkan daripada melanggar bahagian belakang Perodua Bezza.
Langgar Belakang Kesalahan Sendiri, Perlu Jaga Jarak Selamat
Sekadar info, jika penunggang atau pemandu melanggar bahagian belakang atau tepi kenderaan, ia merupakan kesalahan sendiri.
Ia juga bermaksud penunggang atau pemandu kenderaan tersebut mengikut kenderaan hadapan terlalu dekat.
Perkara itu pernah dijelaskan oleh Polis Diraja Malaysia dalam satu hantaran di Facebook.
“Menurut Kaedah 22 dalam kanun lebuhraya (ln 165/1959), penunggang atau pemandu kenderaan yang berhemah hendaklah membenarkan sekurang-kurangnya jarak sebuah kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan bagi setiap 10km/j kelajuan.
“Contohnya pada kelajuan 30km/j sepatutnya jarak ialah 3 kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan,” tulis mereka.
OP SELAMAT: Nasihat kepada Pengguna Jalanraya – Jarak Ikutan Menurut Kaedah 22 dalam kanun lebuhraya (ln 165/1959),…
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Friday 17 August 2012
Ini antara komen pengguna media sosial:
“Dah Menyusahkan Orang Lain Pula, Adoi Naya. Gara-Gara Pak Cik Tu, Lepas Tu Blah Macam Tu”

“Jarak Terlampau Dekat Hingga Menyebabkan Kemalangan, Salah Orang Belakang Yang Melanggar”

“Baranla Tengok Orang Melintas Tak Pakai Otak”

“Tu La Pentingnya Jaga Jarak. Salah Pak Cik Tu Pun Yang Kita Nampak. Pergi Balai, Kereta Belakang Kena Sama, Insurans Dia Juga Kena”

Baca Artikel Berkaitan: Padah Lintas Jalan Tak Toleh Kanan, Pelajar Wanita ‘Rempuh’ Kereta [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Lintas Jalan Melulu Tepuk Muka Rider Selepas Nyaris Dilanggar [Video]

