Rakaman Entiti Misteri Beserta Kabus Di Gunung Santubong Cetus Persoalan Oleh Netizen

24 Nov 2022 • 3:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Keadaan di dalam video di TikTok buat netizen tertanya-tanya

Rakaman Entiti Misteri Beserta Kabus Di Gunung Santubong Cetus Persoalan Oleh Netizen. Siapa je tak pernah dengar kisah-kisah dongeng orang-orang dulu dan kita pun sebagai orang Sarawak pun tidak asing dengan kisah yang bersangkut-paut dengan Gunung Santubong, kan?

Persoalan semakin timbul dalam kalangan netizen di media sosial apabila tular sebuah video yang diunggah di laman sosial TikTok dimana kita dapat saksikan keadaan yang agak membuat kita tertanya-tanya.

image is not available
Rakaman Entiti Misteri Beserta Kabus Di Gunung Santubong Cetus Persoalan Oleh Netizen. Sumber gambar: Tiktok @mizieadoi008

Keadaan Gunung Santubong yang berkabus dan terlihat satu entiti yang mencetus persoalan dalam kalangan netizen

Keadaan yang dirakam dan dimuatnaik tersebut menunjukkan keadaan di Gunung Santubong yang kelihatan berkabus dengan kelihatan juga satu entiti yang sukar digambarkan untuk mengetahui dan mengesahkan entiti tersebut.

Entiti yang kelihatan samar-samar tersebut mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen kerana mereka mahukan kepastian apakah yang sebenarnya disebalik entiti tersebut.

Bahkan, ada sesetengah netizen percaya kalau benar itu adalah sesuatu disebalik entiti tersebut, hanya perlu beringat bahawa setiap gunung pasti ada penjaga. Sebagai manusia, kita diberi akal maka jaga tingkah laku dan percakapan jika melakukan aktiviti di kawasan sedemikian.

image is not available
Rakaman Entiti Misteri Beserta Kabus Di Gunung Santubong Cetus Persoalan Oleh Netizen. Sumber gambar: Tiktok @mizieadoi008

Tidak dinafikan, kita sebagai manusia memang ada perasaan ingin tahu yang menebalkan.Tapi, apa-apa pun entiti tersebut, semoga yang baik-baik sahaja.