Rakaman Perodua Kelisa Rempuh Kereta MPV Polis Di Persimpangan Jalan Curi Tumpuan [Video]

LocalCars
23 Aug 2024 • 12:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap pengguna jalan raya pasti mengetahui peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan di sesebuah negara.

Peraturan ini diwujudkan adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya insiden kemalangan yang tidak diingini.

Oleh itu, sebagai pengguna berhemah kita perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan demi keselamatan pengguna lain.

Kelisa langgar kereta peronda polis

Baru-baru ini, tular satu video insiden memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kelisa yang merempuh kereta peronda (MPV) polis.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan di Facebook, awalnya kelihatan kereta peronda polis sedang melepasi persimpangan jalan di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak sambil membunyikan sirennya.

Kelisa pecut laju sebelum rempuh kereta peronda polis

Kereta peronda itu dipercayai sedang mengiringi trak polis yang berada dibelakangnya. Namun sebaik sahaja kereta peronda berkenaan melintas di hadapan kenderaan pemilik dashcam secara tiba-tiba datang sebuah kereta Kelisa memecut laju di sebelah kirinya.

Tindakan kereta Kelisa itu secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya rempuhan dan pelanggaran dengan bahagian hadapan MPV polis berkenaan.

Bonet kemek dan bumper kereta peronda polis tercabut

Ekoran daripada pelanggaran itu, kelihatan bonet hadapan kereta peronda jenis Honda Civic (ketam) itu remuk dan bumpar tercabut sebelum kereta Kelisa itu berhenti di bahu jalan.

Kereta Kelisa itu pula dilihat mengalami kerosakan di bahagian pintu pemandu. Menerusi video dashcam dipercayai insiden berlaku sekitar jam 8 pagi pada 22 Ogos.

Video memaparkan insiden antara Kelisa dan kereta peronda polis itu turut tular dan menarik perhatian warga X. Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai insiden tersebut.

“Sebab dah biasa buat, selalu lepas hari ni kena”

image is not available

“Polis pun tak selamat dah”

image is not available