Rakaman Video Penumpang Saga Buang Sampah Tengah Jalan Ini Buat Netizen Bengang

22 Sep 2022 • 4:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aksi seperti kurang kesedaran sivik

Rakaman Video Penumpang Saga Buang Sampah Tengah Jalan Ini Buat Netizen Bengang. Rasanya daripada kecil kita dah diajar kalau buang sampah ke dalam tong sampah. Tetapi, kenapa semakin hari, kesedaran sivik tersebut semakin memudarkan di dalam diri masyarakat kita?

Satu rakaman telah dikongsi oleh sebuah akuan Facebook Sarawak Roads Update dimana menyaksikan sebuah Proton Saga putih telah melakukan aksi yang kurang kesedaran sivik. Tidak diketahui siapa pemilik asli kereta tersebut. Namun, aksi penumpang Saga tersebut benar-benar buat netizen bengang.

image is not available
Rakaman Video Penumpang Saga Buang Sampah Tengah Jalan Ini Buat Netizen Bengang. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Sebungkus beg plastik dicampak keluar saat berada di tengah jalan

Kejadian yang berlaku di sebuah jalan raya di jalan baru sekolah Demak itu sangat tidak dijangka. Kalau berada atau berhenti di tepi jalan, mungkin kita boleh jangkakan tindakan kereta tersebut. Tapi, malah sebaliknya.

Berda di tengah jalan raya, Proton Saga tersebut mula bergerak perlahan sebelum berhenti. Apabila berhenti, seorang penumpang yang tidak jelas adakah seorang wanita atau seorang lelaki, dengan pantas mencampakkan sebungkus beg plastik. Sudah pasti ianya berisi sampah.

image is not available
Rakaman Video Penumpang Saga Buang Sampah Tengah Jalan Ini Buat Netizen Bengang. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Aksi dan tindakan bikin netizen bengang

Aksi kereta Proton Saga putih ini berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan dan tindakan penumpangnya yang melemparkan sampah tersebut keluar daripada kereta sangat membuat para netizen di media sosial bengang. Ada segelintir mereka juga sangat tidak berpuas hati kerana rakaman video yang dikongsi telah menyembunyikan no flat Saga tersebut.

image is not available
Rakaman Video Penumpang Saga Buang Sampah Tengah Jalan Ini Buat Netizen Bengang. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Tindakan pemandu dan penumpang Saga tersebut sangat tidak bermoral dan berharap hal ini dapat dielakkan oleh masyarakat lain kerana tindakan ini juga mencerminkan keperibadian kita sebagai seorang individu.

Boleh baca artikel lain yang berkaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di atas jalan raya: