Rakan Baik Tegur Netizen, Jelaskan Perkara Sebenar Mengenai Arwah Nur Farah Kartini

16 Jul 2024 • 9:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nur farah kartini

Semalam negara digemparkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Penemuan mayat membawa kepada penangkapan seorang lelaki bertugas sebagai penjawat awam yang bakal direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Terbaru, rakan baik arwah tampil dengan satu video memohon netizen tidak membuat spekulasi tidak benar mengenai arwah.

Katanya, sebelum ini ada netizen menuduh arwah mengikut teman lelaki ke Thailand namun semua itu tidak benar.

@haziqfardil75

Penjelasan ini bukan untuk raih simpati atau viewrs tapi untuk menjelaskan bahawa arah sangat baik #nurfarahkartini #alfatihah #semogaditempatkandikalanganorg2ygberiman

♬ Very Sad – Enchan

Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai Haziq, mereka berkawan rapat semasa belajar di universiti sehinggalah graduasi bersama-sama.

Saya nak bagi teguran kepada netizen yang buat spekulasi ketika kehilangan arwah yang menyatakan arwah ada boyfriend lah, ikut boyfriend pergi Thailandlah.

Tegur lelaki ini, lebih baik netizen diam daripada mengeluarkan tuduhan yang boleh mengguris hati ahli keluarga atau orang-orang yang menyayangi arwah.

image is not available

image is not available

Kedua, lelaki ini memohon orang ramai menjaga keluarga masing-masing dan pastikan setiap keluarga yang tinggal jauh dilengkapi tracker yang boleh mengesan lokasi mereka.

Walaupun tracker seakan-akan mengganggu privasi, tetapi ianya penting untuk mengelakkan perkara tidak baik.

Lelaki ini memohon arwah mendapat keadilan di atas apa yang berlaku terhadapnya.

image is not available

Jap!