Rakan bertepuk tangan, lelaki dapat lesen kahwin dua daripada isteri

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 11:13 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
lesen kahwin dua daripada isteri

Tular di media sosial video memaparkan rakan-rakan seorang lelaki bertepuk tangan sambil tertawa apabila dia menerima lesen kahwin dua daripada isterinya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, aminmohdaseri telah memuat naik video memaparkan seorang lelaki yang bertanya sama ada isterinya membenarkan dia berkahwin dua di hadapan rakan-rakannya.

Lelaki dapat lesen kahwin dua daripada isteri

Isterinya pula hanya tersenyum dan menganguk memberi kebenaran dan persetujuannya itu disambut tepukan daripada rakan-rakan si suami.

Rakannya juga sempat melontarkan gurauan dia mahu membuat satu hantaran di media sosial tentang pencarian isteri kedua lelaki itu disamping akan menyertakan fotonya bersama isteri.

image is not available

“Nanti saya nak post, sedang mencari isteri kedua. Nanti gambar sekali dengan isteri,” ujarnya sambil tertawa.

Lelaki tersebut menyambut guraun berkenaan dengan berkata mana-mana wanita yang berminat perlu melalui sesi temuduga bersama isterinya terlebih dahulu.

“Tapi kena interview dengan dia dulu,” katanya sambil menunding jari kearah isterinya.

Melihat kepada reaksi si isteri, dia hanya tertawa dengan gurauan tersebut dan tidak kelihatan reaksi kurang senang terhadap rakan-rakan suaminya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut bergurau mengatakan isterinya hanya bersetuju kerana mahu menjaga air muka suami.

Dapat lesen kahwin dua daripada isteri, jangan suka sangat bang..

image is not available

Biasa yang gurau begini setia

image is not available

Sebenarnya isteri dai tengah selamatkan suami

image is not available

Itu hari terakhir dia jumpa kawan2

image is not available

Ini semua pancingan, balik nanti tahu la dia …..

image is not available

Haa, hati-hati la bang balik nanti……..

Sumber: TikTok aminmohdaseri