Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi

18 Sep 2022 • 1:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kos sara hidup meningkat punca tidak sambung belajar

Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi. Seperti kebanyakkan institusi pengajian tinggi di Malaysia tidak kira awam ataupun swasta pasti menyediakan kemudahan infrastuktur yang lengkap buat para penuntut di universiti.

Sudah tentu, antara kemudahan yang dituntut siswa dan siswi adalah bilik asrama yang lengkap untuk didiami oleh para pelajar khasnya mereka yang memerlukan dan juga yang jauh daripada kampung halaman.

Tular di laman Twitter menerusi satu hantaran oleh pengguna @fazleyff mendakwa salah satu universiti awam di Malaysia ini tidak menyediakan bilik asrama yang mencukupi sehingga menyebabkan pelajar buntu untuk mencari tempat tinggal.

image is not available
Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi. Gambar hiasan.

Kuota tidak mencukupi punca pelajar tiada bilik

Dia juga menyatakan rata-rata penyewa rumah di luar kampus universiti juga tidak membenarkan pelajar untuk menyewa dan pengangkutan awam di kawasan tersebut juga seperti tidak disediakan perkhidmatannya.

Jelasnya lagi, kebanyakkan universiti di Malaysia ini terletak di ceruk-ceruk kawasan pedalaman sehingga menyebabkan tiada rangkaian perkhidmatan awam seperti bas menyebabkan pelajar terpaksa memesan Grab untuk ke kampus.

Kredit: Twitter fazleyff

Kredit: Twitter fazleyff

Malah, dengan peningkatan kos sara hidup sekarang menyebabkan pelajar terbeban dengan kadar harga pengangkutan yang mahal dan tak lupa juga harga sewa rumah yang mahal.

Katanya lagi, rakannya yang datang daripada Sarawak juga menghadapi masalah untuk mencari tempat tinggal kerana pihak universiti tidak menyediakan bilik asrama sewaktu mendaftar ke universiti kelak.

Kredit: Twitter fazleyff

Lokasi tidak strategik dan tiada pengangkutan awam

Rata-rata ramai netizen yang bersependapat dengan kenyataan pemuda tersebut. Ada yang mengatakan harga sewa mahal yang melampau juga turut membebankan pelajar yang tidak dapat kemudahan bilik asrama.

Bahkan, turut dikecam sistem pengangkutan awam di Malaysia yang sangat teruk sehinggakan tiada kemudahan untuk pelajar ulang-alik dari rumah ke kampus.

image is not available
Kredit: Twitter fazleyff

image is not available
Kredit: Twitter fazleyff

image is not available
Kredit: Twitter fazleyff

Justeru, tanpa kemudahan yang lengkap universiti tersebut bukanlah pilihan pertama buat para penuntut yang ingin menyambung di institusi berkenaan. Lokasi yang strategik juga memainkan peranan untuk memudahkan pelajar mengakses kemudahan yang lebih lengkap dan sempurna.

image is not available

Benarkah universiti ini adalah sarang maksiat atau sebaliknya, baca di sini: