Rakan Meninggal Dunia, Lelaki Luah Kekecewaan Pemandu Buat U-Turn Haram Di Pan Borneo

31 Dec 2022 • 6:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kecewa dengan kecuaian pemandu sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Rakan Meninggal Dunia, Lelaki Luah Kekecewaan Pemandu Buat U-Turn Haram Di Pan Borneo. Semalam, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi telah disahkan maut ketika menerima rawatan setelah terlibat dalam kemalangan dua buah kenderaan di kilometer 63, Jalan Sri Aman-Kuching.

Kemalangan tersebut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan motosikal dan berlaku sekitar jam 8 pagi.

image is not available
Rakan Meninggal Dunia, Lelaki Luah Kekecewaan Pemandu Buat U-Turn Haram Di Pan Borneo. Sumber foto: FB Clement Ganis

Disahkan meninggal dunia di Hospital

Akibat pelanggaran, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan dan telah dirawat dan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia di Hospital.

Kes tersebut kemudiannya diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not available

Meluahkan kekecewaan di Facebook

Di Facebook pula, seorang rakan kepada mangsa telah meluahkan kekecewaannya setelah kehilangan rakannya sendiri atas kecuaian pemandu yang tidak bertanggungjawab di atas jalan raya.

Menurut perkongsian di Facebook itu, kawasan tersebut memang terkenal dikalangan pemandu tidak bertanggungjawab mengambil cara mudah dengan membuat U-Turn secara haram.

Dalam perkongsian itu lagi, dia berkata hanya kerana degil tidak mahu U-turn di tempat yang sepatutnya, nyawa rakannya telah tergadai.

Dia juga berpesan agar pengguna jalan Pan Borneo yang lain agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan; U-Turn di tempat yang sepatutnya dan jangan sesekali membawa kenderaan melebihi had laju.

Lagi berita terkini buat anda di sini: