Rakan-Rakan Selebriti Hadir Di Majlis Pernikahan Wany Hasrita 

Entertainment
23 Jul 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Penyanyi Wany Hasrita telah pun selamat diijabkabulkan dengan dengan lelaki pilihannya, Mohh Al-Adib Fahmi Harun yang telah pun dikenalinya selama 12 tahun, malam tadi. 

Bertempat di Glam Hall, Damansara Perdana, majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan pihak media.

Rakan-rakan selebriti turut hadir memeriahkan lagi majlis akad nikah yang telah berlangsung dengan sempurna ini.

image is not available
Syamel dan Ernie Zakri antara yang turut hadir. - Gambar dari Instagram Syamel

Antaranya adalah Neelofa dan suaminya, PU Riz, Nabil dan isterinya, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini, Janna Nick, Naim Daniel, Sarah Suhairi, Siti Nordiana, Ara Johari dan Elfira Loy. 

Masing-masing turut merakamkan momen istimewa bersama Wany dan Adib yang kini bergelar suaminya yang sah. 

Jom lihat gambar-gambar rakan selebriti bersama Wany dan Adib. 

Pengacara bual bicara terkenal yang juga penulis lirik hebat, Fedtri Yahya turut diundang sebagai tetamu rakan selebriti. 

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana kelihatan cukup manis dengan mengenakan baju warna biru elektrik. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Penyanyi Ara Johari kelihatan begitu ceria dengan berbaju kurung moden warna kuning terang bermotifkan batik. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by @elfiraloy

Elfira Loy hadir sedondon bersama suaminya dengan busana merah jambu belacan pada majlis pernikahan Wany Hasrita ini. 

Bersama isterinya Tya Ariffin dan suaminya Asyraf Khalid pulua memilih baju sedondon  rona zamrud pekat. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Seperti Ara Johari, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dan suaminya  juga memilih teman warna kuning untuk ke majlis pernikahan ini. 

Getaran turut mengucapkan Selamat Pengantin Baharu buat Wany Hasrita dan suaminya, Adib. Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke anak cucu. Getaran, 23 Julai 2022