Rakan sekelas menangis, bingung tanda kehadiran mangsa bot karam

22 Aug 2024 • 3:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tragedi bot tambang karam di Sungai Kayan pada Selasa lepas telah mengorbankan tiga nyawa pelajar sehingga rakan sekelas menangis sewaktu mahu menanda kehadiran sahabat mereka yang sudah meninggal dunia.

Menerusi hantaran Facebook yang dibuat oleh guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong dikenali sebagai Shasha Denzlin, dia menceritakan suasana hiba di dalam kelas sewaktu ketua tingkatan menandakan kehadiran rakan yang hadir pada hari ini.

Ketua kelas nak tanda kehadiran

Ujarnya, rakan-rakan kepada salah seorang mangsa, Vilkie Wilson, 15 menangis selepas ketua tingkatan bertanya kepadanya sama ada kehadiran mangsa perlu diletakkan sebagai tidak hadir atau ada pilihan lain.

“Cikgu, nama Vilkie kita nak letak tidak hadir atau mcm mana?” tanya ketua tingkatan.

image is not available

Rakan sekelas menangis, tak tahu nak tanda kehadiran macam mana

Susulan daripada, seluruh kelas menjadi sayu dan masing-masing menitiskan air mata susulan mengingatkan kejadian yang mengorbankan tiga nyawa pelajar dari SMK Senibong.

image is not available

Rakan sekelas menangis, tiga mangsa ditemui lemas

Selain daripada Vilkie, guru terbabit turut mengenangkan semula dua lagi mangsa dikenali sebagai Helena Fasha Petrus, 17 dan Alsma Jithil, 14 yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas bot dinaiki oleh 20 orang telah karam di Sungai Kayan sekitar jam 6.10 pagi, Selasa lalu.

Menurutnya, Helena merupakan seorang pelajar yang sangat rajin dan manja manakala Alsma seorang yang sangat aktif apabila terlibat dalam sukan dan juga coral speaking di sekolah.

image is not available

Terdahulu, mayat dua mangsa iaitu Vilkie Wilson ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat pada pukul 11.58 pagi, manakala mayat Helena Fasha Petrus dijumpai terapung 1km dari lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang, semalam.

Manakala, mangsa terakhir, Alsma Jithil pula dijumpai pada terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian berdekatan Kampung Selampit.

Sumber: Facebook Shasha Denzlin