
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sekarang ini tengah kecoh kemunculan ‘raksasa’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Betul ke? Berita gempar ini kalau benar pasti buat keadaan di ibu negara huru-hara.
Siapa yang tak cuak bila terbayangkan ada haiwan gergasi dekat ibu kota. Masa tu mesti dah terbayang macam mana kalau raksasa tu melompat sana sini dan menuju ke korang. Mesti panik bukan?
Tapi sabar, korang kena bertenang, ‘raksasa’ yang digembar-gemburkan sebenarnya bukanlah raksasa yang menggerunkan tu.
Raksasa yang dimaksudkan sebenarnya adalah teknik kreatif oleh Watsons untuk memperkenalkan ‘Ganjaran Raksasa’ yang ditawarkan buat pelanggan tersayang.
Buat pertama kalinya di Malaysia, Watsons telah melancarkan animasi disegerakkan merentasi empat (4) skrin besar DOOH (Digital Out Of Home) di Bukit Bintang untuk menyiarkan visual Raksasa bersama maskot kucing kelabu popular mereka, Unik.
Jadi buat korang yang berada di ibu negara, jangan lepaskan peluang untuk join aktiviti khas “Ganjaran Raksasa” dari 14 hingga 19 April 2026 di Lot 10 Premier Terrace, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, di mana ahli dan para pelanggan boleh merasai sendiri pelbagai ganjaran yang ditawarkan.
Ganjaran raksasa bernilai sehingga RM10,000,000
Ok sebelum kita pergi jauh, kami nak beritahu dulu Ganjaran Raksasa ini sangat syiok sebab bernilai sehingga RM10,000,000!
Ini merupakan kempen terbesar yang pernah dianjurkan Watsons di bawah W Rewards, program ganjaran eksklusif untuk ahli Watsons sehingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai program dengan Nilai Ganjaran Tertinggi.


Menarik bukan?
Dengan W Rewards, ahli Watsons dapat mengumpul mata daripada setiap pembelian, serta menebus ganjaran menarik bermula serendah 10 mata Watsons, sekali gus menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi.

Antara cara untuk gunakan baucar adalah muat turun aplikasi Watsons (Appstore) (Play Store), pergi ke ‘My Account’ dan seterusnya tekan pada ‘W Rewards’. Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis ganjaran diberikan untuk mereka yang bergelar ahli.
Nak ketahui lebih lanjut? Tekan di [SINI].
60% diskaun untuk barangan kedua & daftar sebagai ahli Watsons untuk dapat RM5 Watsons Brand Baucar

Ok sekarang kita cerita pasal diskaun hebat! Ya apa yang korang dengar ni betul! Bersempena dengan kempen ini Watsons juga sedang menawarkan 60% diskaun untuk barangan kedua. Jadi korang tak salah baca, memang 60%!
Diskaun untuk produk kedua ini akan berlangsung bermula 31 Mac sehingga 22 April untuk barangan yang terpilih.
Tekan di [SINI] untuk ketahui lebih lanjut.
Bukan itu sahaja! Buat pelanggan yang belum mendaftar, ini masanya untuk mendaftar sebagai ahli Watsons Club dan anda akan mendapat mata ganjaran Watsons bernilai RM5 secara percuma.
K-Beauty Festa
Untuk produk K-Beauty Festa pula, korang yang berbelanja RM80 untuk jenama barangan terpilih akan mendapat hadiah menarik dari Watsons.
Bukan itu sahaja, pembelian RM120 ke atas untuk barangan terpilih sama ada di premis atau online akan mendapat PEMOTONGAN RM10 eksklusif untuk Ahli Watsons Club sahaja!


Lebih seronok lagi, sambil shopping barangan K-Beauty Festa, 10 pemenang terpilih akan memenangi baucar percutian ke Seoul, Korea Selatan (bernilai RM4,000) dengan kolaborasi bersama Traveloka.
Manakala 100 lagi pemenang akan menerima Watsons e-baucar bernilai RM100.
Promosi ini bermula dari 31 Mac sehingga 22 April 2026. Wow seronoknya, muka glowing lepas tu dapat pulak post gambar cantik dekat Korea nanti.
Nak sertainya? Mudah sahaja!
Pastikan korang adalah member Watsons untuk sertai peluang ke Korea ni.
Tunggu apa lagi tu korang jangan terlepas peluang syok ni. Boleh dapat hadiah, dapat point dan yang paling mengujakan tentunya menang percutian ke Korea Selatan.
Bayangkan korang akan ada dekat Korea, realisasikan impian dengan K-Beauty Festa
Untuk maklumat lanjut layari di [SINI] dan di [SINI].


