Rakuten Trade jangka LBS Bina catat untung bersih RM129.1 juta bagi FY23

Business & Finance
2 Nov 2023 • 12:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rakuten Trade jangka LBS Bina catat untung bersih RM129.1 juta bagi FY23

azan

02/11/2023 - 12:55

KUALA LUMPUR 2 Nov - Rakuten Trade Research menjangkakan LBS Bina Group Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak RM129.1 juta dan RM130.6 juta Bagi FY23 dan FY24 didorong jualan yang belum dibilkan bernilai RM2.3 bilion dan pelancaran projek baharu.

Katanya, bagi 9MFY23, kumpulan itu mencatatkan jualan baharu sebanyak RM1.4 bilion bagi mencapai sasaran jualannya sebanyak RM2.1 bilion bagi tahun ini.

Kumpulan itu juga dijangka melancarkan projek bernilai RM2 bilion pada 2024, memanfaatkan kapasiti kerja semasa dan kekuatan kewangannya.

Bagi 4QFY23, kumpulan itu sedang berdeia untuk menguasai segmen pasaran yang lebih kelas atas menampilkan purata harga jualan (ASP) lebih tinggi antara RM320,000 hingga RM800,000.

Ia merangkumi D’ Island Residence - nilai pembangunan kasar (GDV) RM139 juta (ASP RM800,000); Bandar Saujana Putra – GDV RM199 juta (ASP of RM470,000); Bayu Hills, Genting – jumlah GDV RM482 juta (ASP RM750,000); dan Taman Kinding Flora, Chemor – jumlah GDV RM49 juta (ASP RM320,000).

"LBS menyasarkan jualan hartanah baharu sebanyak RM2.1 bilion untuk FY23 dengan 12 pelancaran baharu pada 2023 serta beberapa pelancaran pada separuh kedua tahun lalu dengan lebih 50% terletak di dalam Lembah Klang manakala selebihnya di Johor, Pahang dan Perak.

"Lebih 70% daripada pelancaran baharu berharga di bawah RM500,000. Projek-projek yang sedang berjalan diterima dengan baik dengan kadar pengambilan purata sebanyak 75%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran 80 sen sesaham. - DagangNews.com