Rakyat Akan Lebih Berhati-Hati Ketika Berbelanja Dan Simpanan Juga Meningkat Selepas Peningkatan OPR Kata PMX

25 May 2023 • 2:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Rata-rata rakyat Malaysia berasa tertekan selepas berlaku peningkatan demi peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR). Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat peningkatan OPR ini adalah baik kerana ia akan membuatkan rakyat lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Disamping itu, ia juga akan memberikan kesedaran kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan mereka. Oleh itu, Anwar yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan menepis dakwaan kenaikan OPR akan menyebabkan inflasi lebih tinggi.

Kenaikan OPR secara beransur-ansur oleh BNM adalah keputusan yang diambil dengan sangat berhati-hati.

Justeru, impak kewangan dari segi kejatuhan kuasa beli akibat inflasi yang tinggi dan tidak terkawal adalah jauh lebih buruk dan meluas berbanding kesan daripada kenaikan OPR secara terkawal dan beransur-ansur pada 2022.

Peningkatan OPR pada Mei 2023 selepas dihentikan seketika pada Januari dan Mac 2023 bukan bertujuan untuk merencatkan usaha pemulihan ekonomi negara. Sebaliknya, ia bertujuan memastikan ekonomi Malaysia kekal sihat dan berkembang secara mampan, serta inflasi kekal terkawal bagi tempoh masa yang berpanjangan.

image is not available

Walaupun kenaikan OPR ini sudah pasti memberi kesan kepada kenaikan ansuran bulanan tetapi pihak BNM telah melakukannya dengan sangat berhati-hati.

PMX turut menyatakan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia pada 3 Mei lalu telah membuat keputusan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas daripada 2.75 peratus kepada 3.00 peratus.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.