
Pembayaran Mudah Dengan Kod QR – Tak Perlu Tunai!
Rakyat Berterima Kasih Kepada Abg Jo, Kongsi Kegembiraan Dapat Beli Barang Guna Bantuan SKAS. Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atau lebih dikenali sebagai Abang Jo, benar-benar memberikan kelegaan kepada rakyat. Ramai yang telah menerima bantuan ini dan berkongsi pengalaman mereka menggunakan SKAS untuk membeli keperluan harian.
Salah satu kelebihan utama SKAS adalah kemudahan pembayaran tanpa tunai menggunakan Sarawak Pay (SPayGlobal). Bagi penerima yang berjauhan dengan ahli keluarga, mereka boleh menggunakan kaedah ini untuk membantu keluarga mereka membeli barang keperluan dengan lebih mudah.

Selain itu, ahli keluarga juga boleh menghantar gambar kod QR Sarawak Pay dari kedai pilihan, dan penerima bantuan boleh melakukan pembayaran dari jarak jauh. Ini memudahkan mereka yang tinggal berjauhan tetapi ingin membantu keluarga di kampung atau bandar lain.
Ramai Rakyat Terharu – Bantuan Ringankan Kos Barang Keperluan
Sejak bantuan ini disalurkan, ramai rakyat Sarawak meluahkan rasa syukur dan terharu kerana dapat membeli barang keperluan harian tanpa perlu mengeluarkan wang tunai sendiri.
Seorang ibu tunggal berkongsi kegembiraannya menerima bantuan ini, yang banyak meringankan bebannya dalam menyediakan barang keperluan untuk dua orang anaknya.
Saya sangat-sangat menghargai bantuan ini. Tak perlu cashout, terus boleh beli barang. Sangat membantu! “
Di pasar raya, suasana juga berubah apabila ramai ibu bapa dapat membeli barangan dalam jumlah besar untuk keluarga masing-masing. Terdapat pemandangan menyentuh hati apabila anak-anak kecil gembira memilih makanan ringan seperti keropok dan coklat, sementara ibu bapa sibuk mengisi troli mereka dengan keperluan asas.
MasyaAllah, tiba-tiba hati saya sebak melihat ramai ibu bapa menolak troli penuh barang. Mesti mereka sangat gembira dapat membeli semua keperluan rumah tanpa rasa terbeban.“
Gunakan SKAS Dengan Berhemah – Jangan Cuba ‘Cash Out’!
Namun, penerima diingatkan untuk menggunakan bantuan ini dengan cara yang betul. SKAS hanya boleh digunakan untuk membeli barangan yang dibenarkan di kedai-kedai terpilih. Jika ada yang cuba mengeluarkan wang tunai atau menyalahgunakan bantuan ini, akaun mereka boleh disenarai hitam dan tidak lagi layak menerima sebarang bantuan pada masa hadapan.
Jangan paksa untuk cashout, nanti kena detect dan kena blacklist! Banyak kedai terima, beli barang yang perlu saja.“- komen netizen
Abang Jo Dipuji, Rakyat Berterima Kasih!
Inisiatif ini mendapat sambutan yang amat baik daripada rakyat Sarawak, yang menyatakan penghargaan kepada Abang Jo dan kerajaan Sarawak atas usaha mereka dalam membantu rakyat mengurus kos sara hidup. Bantuan seperti SKAS ini bukan sahaja membantu golongan memerlukan tetapi juga memastikan ekonomi tempatan terus berjalan dengan lancar.
Bagi yang masih belum menggunakan SKAS, pastikan anda menyemak akaun Sarawak Pay anda dan menggunakan bantuan ini dengan sebaik mungkin.
Terima kasih Abang Jo!
Peringatan juga untuk penerima bantuan ini, diminta untuk tidak cash-out bantuan tersebut:

