
RANAU: Penduduk di sini digesa untuk menanam tanaman asas sendiri termasuk padi dan sayur-sayuran, untuk mengelak daripada menghadapi kesukaran apabila harga beras dan barangan makanan lain melonjak naik pada masa akan datang.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, merangkap Menteri Kewangan II Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, harga beras dan barangan lain akan naik kerana kos pengangkutan barang melonjak 200 peratus.
“Tidak banyak kapal yang datang ke Sabah kerana tidak banyak barang yang boleh dieksport, kerana kosnya terlalu besar.

