Rakyat Filipina kena lapan tahun, sebatan: Serang wanita dengan kejam ketika merompak di Jalan Hj Saman

18 May 2024 • 2:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang rakyat Filipina berusia 18 tahun yang dengan kejam mencederakan seorang wanita semasa merompaknya pada siang hari, dijatuhi hukuman lapan tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas Kalang Uluhati yang mengekalkan pengakuan bersalah apabila kesnya dihadapkan untuk fakta dan hukuman.

Kalang menumbuk dan memukul kepala wanita berusia 35 tahun itu ketika menyamunnya jam 12.30 tengah hari pada 15 Feb tahun ini berhampiran bangunan One Stop Premium di Jalan Hj Saman, di sini.

Ketika kejadian, dia melarikan beberapa barangan milik wanita terbabit iaitu, MyKad, dua MyKid, dua kad bank, lesen memandu, kad pergigian dan wang tunai RM50.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Dia didakwa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Kalang dalam mitigasinya, merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas alasan mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Mahkamah diberitahu semasa mangsa berjalan seorang diri menuju ke tempat kerjanya, seorang lelaki tidak dikenali kemudian mengekorinya dari belakang dan dia tidak mengesyaki apa-apa.

Tiba-tiba, lelaki itu yang kemudian dikenali sebagai Kalang menyerangnya dengan menutup mulutnya, menumbuk dan turut memukulnya sehingga berdarah di muka akibat serangan itu.

Kalang kemudian melarikan barang-barang mangsa. Wanita berkenaan mengalami kecederaan di muka, kepala dan tangan dan menerima rawatan di hospital.

Rakaman CCTV di kawasan itu merekodkan bahawa wanita itu mengalami pendarahan dan video terbabit menjadi tular.

Kalang ditahan berikutan penemuan barang milik wanita itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.