Rakyat Indo Saman Kerajaan Indonesia, Didakwa ‘Cuai Besar’ Tangani Jerebu Setiap Tahun

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 9:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Rakyat Indo Saman Kerajaan Indonesia, Didakwa ‘Cuai Besar’ Tangani Jerebu Setiap Tahun

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kerajaan Indonesia disaman selepas dituduh melakukan ‘kecuaian besar’ susulan situasi jerebu beracun akibat kebakaran hutan yang menyelubungi sebahagian pulau Borneo dalam kes mahkamah yang bermula di Pontianak, Kalimantan Barat pada Rabu lalu (30 September).

Empat plaintif, termasuk cawangan tempatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Asal AMAN, memfailkan saman itu bulan lalu di sebuah mahkamah di Pontianak.

Antara 10 defendan ialah Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan gabenor Kalimantan Barat.

Sekolah Terpaksa Ditutup, Ratusan Penduduk Alami Masalah Pernafasan

Menurut plaintif, wilayah itu terjejas teruk akibat kebakaran dan asap yang sekaligus menyebabkan sekolah terpaksa ditutup. Dalam masa sama, ratusan penduduk perlu mendapatkan rawatan perubatan bagi masalah berkaitan pernafasan.

Kemusnahan Hutan Antara Perkara Yang Dibicarakan Dalam Pendengaran Mahkmah

Peguam, Glorio Sanen yang mewakili plaintif berkata, pendengaran pertama melibatkan tentang usaha untuk menangani masalah kebakaran yang berlaku setiap tahun dan sebahagian besarnya dikaitkan dengan kemusnahan hutan.

Beliau berkata, keadaan itu bertambah buruk disebabkan episod fenomena cuaca El Niño yang sangat kuat tahun ini, yang akhirnya membawa kepada kemarau.

Jerebu Tebal Dari Indonesia Sampai Ke Malaysia & Singapura

Selama beberapa minggu, Indonesia dikatakan berdepan cabaran bagi mengawal kebakaran yang memusnahkan kawasan luas di Sumatera, Papua dan Borneo. Ia juga menyebabkan jerebu tebal itu sampai sehingga ke kawasan Malaysia dan Singapura.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat jam 8.40 malam, 8 Oktober, Segamat Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat paling tinggi iaitu 190.

Situasi yang berlaku menyebabkan Johor menutup sekolah di negeri itu bermula 8 hingga 9 Oktober.

Malah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebentar tadi (8 Oktober) turut mengarahkan semua institusi pendidikan di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 ditutup bermula 9 Oktober.

Bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula hendaklah ditutup bermula 12 Oktober.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, arahan itu dikeluarkan bagi melindungi murid dan warga pendidik daripada terdedah kepada keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

KPM menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.

View this post on Instagram

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

Tiada Defendan Yang Hadir Ke Prosiding Mahkamah, Mungkin Tak Dapat Mendarat Ke Pontianak Akibat Jerebu Tebal

Menurut wartawan AFP, dipetik Harian Metro, tiada seorang defendan pun yang hadir semasa prosiding mahkamah tersebut.

Susulan itu, Glorio berkata pihaknya sedih dan kesal kerana ketidakhadiran defendan namun memahami ia mungkin disebabkan keadaan jerebu sehingga mengakibatkan mereka tidak dapat sampai ke Pontianak.

Difahamkan, ratusan penerbangan terjejas akibat asap beracun itu.

Kerajaan Dituduh Gagal Atasi Masalah Jerebu Pada Setiap Tahun

Menerusi dokumen mahkamah yang dilihat pihak AFP, plaintif turut menuduh kerajaan melakukan ‘kecuaian besar’ kerana gagal menangani masalah yang berulang pada setiap tahun.

Mereka menggesa kerajaan mengisytiharkan keadaan itu sebagai bencana nasional supaya langkah pemulihan dan rehabilitasi dapat dilaksanakan secara menyeluruh, termasuk menyediakan bantuan kos penjagaan kesihatan kepada penduduk terjejas.

Saman serupa yang difailkan tahun lalu di sebuah mahkamah di Sumatera Selatan difahamkan telah ditolak.

Baca Artikel Berkaitan: Sarawak, N9 & Lembah Klang Catat Bacaan IPU Tidak Sihat, Ramai Rakyat Malaysia Bimbang Dengan Situasi Jerebu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved