Rakyat Indonesia protes, bantah 580 Ahli Parlimen diberi elaun rumah RM15,000 setiap bulan

WorldPolitics
26 Aug 2025 • 11:37 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ribuan mahasiswa mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Parlimen Indonesia di Senayan, Jakarta, pada Isnin, 25 Ogos sebagai bantahan terhadap keputusan pemberian elaun perumahan hampir RM15,000 sebulan kepada setiap daripada 580 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), yang secara keseluruhannya mencecah kira-kira RM8.7 juta sebulan atau lebih RM104 juta setahun.

Protes bermula secara aman, tetapi bertukar kecoh apabila sebahagian peserta menyalakan api dan melempar objek ke arah polis. Keadaan memaksa pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata serta menggunakan meriam air untuk menyuraikan orang ramai. Lebih 1,200 anggota keselamatan dikerahkan, manakala jalan utama di sekitar parlimen terpaksa ditutup sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Baca juga:

Kenyataan kerajaan pertahankan elaun

Ketua DPR, Puan Maharani, bagaimanapun menjelaskan elaun ini bukan kenaikan gaji, sebaliknya pengganti kepada rumah rasmi (rumah jabatan) yang telah dikembalikan kepada kerajaan sejak tahun 2024. Katanya, pemberian wang tunai dianggap lebih menjimatkan berbanding menanggung kos penyelenggaraan rumah lama yang sudah tidak selamat dihuni.

Beliau juga menegaskan, jumlah RM15,000 sebulan itu dinilai sesuai dengan kos hidup di Jakarta, tambahan pula gaji pokok ahli DPR hanya sekitar RM1,200 sebulan. Namun, jika digabungkan dengan pelbagai elaun lain seperti komunikasi, pengawasan, utiliti dan mesyuarat, pendapatan bulanan seorang wakil rakyat boleh mencecah lebih RM25,000 sebulan.

image is not available

image is not available

image is not available

Simbol kemarahan rakyat

Elaun perumahan ini menjadi simbol ketidakpuasan hati rakyat, khususnya mahasiswa yang sudah lama menuntut pembaharuan melalui gerakan #IndonesiaGelap. Mereka menegaskan sepatutnya mengutamakan pendidikan dan kesejahteraan rakyat, bukan memberikan kemewahan kepada elit politik.

Walaupun protes pada 25 Ogos telah berakhir, ia mencerminkan jurang besar antara kehidupan mewah wakil rakyat dengan realiti rakyat biasa. Satu isu yang dijangka terus menjadi perdebatan hangat di Indonesia.

Sumber: Tempo