Rakyat Kazakhstan mula mengundi pada pilihan raya Presiden

20 Nov 2022 • 1:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ALMATY: Pusat mengundi bagi pilihan raya presiden di Kazakhstan telah dibuka di seluruh negara, lapor Sputnik memetik Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat, Mukhtar Yerman.

“Menurut data terkini yang disediakan suruhanjaya serantau bandar Almaty, Shymkent dan Astana, pengundian bermula di semua 10,033 pusat mengundi di seluruh negara dan 17 pusat mengundi di pejabat perwakilan Kazakhstan di luar negara,“ Yerman berkata ketika sesi taklimat media pada pagi Ahad.

Sebanyak 51 lagi pusat mengundi di luar negara akan dibuka kerana mengambil kira perbezaan zon waktu.

Pusat mengundi telah dibuka di kebanyakan wilayah di Kazakhstan setakat 7 pagi waktu Astana (01:00 GMT).

Pengundian ditutup 8 malam hari yang sama.

Di wilayah barat, pusat mengundi akan ditutup sejam kemudian akibat perbezaan waktu.

Sebanyak enam calon bertanding merebut jawatam presiden termasuk penyandang presiden.

Pilihan raya itu merupakan pilihan raya kali pertama sejak 33 pindaan bagi Perlembagaan Kazakhstan diluluskan dalam referendum pada Mac.

Pindaan itu dibuat selepas protes besar-besaran pada Januari disebabkan kenaikan harga gas dua kali ganda berbanding sebelum ini. - Bernama