Rakyat Malaysia banjiri Hatyai, Thailand raih ‘keuntungan’ 1 bilion Baht

18 Sep 2024 • 12:30 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, destinasi pelancongan popular Hatyai dibanjiri dengan kehadiran pelancong Malaysia, menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat Thailand.

Berdasarkan topik perbualan sebuah program TV tempatan, @dikedaikopi_tv11yala, dua pengacaranya berkata, ada beberapa faktor yang membuatkan rakyat Malaysia gemar datang ke daerah itu.

Salah satunya faktor utamanya adalah, kepelbagaian makanan dan minuman yang terdapat di Hatyai. Pelancong Malaysia gemar datang ke destinasi ini kerana pelbagai hidangan yang boleh ditemui.

Di TikTok, ramai yang berkongsi pengalaman tentang makanan sedap yang dihidangkan oleh peniaga Thailand. Kedai-kedai makanan ‘viral’ di Hatyai juga menjadi tumpuan, terutamanya bagi mereka yang mencari makanan halal.

Selain itu, kedai 7-Eleven di Hatyai juga dikatakan berbeza daripada yang ada di negara kita. Di sini, 7-Eleven menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik. Ini membuatkan pelancong dari Malaysia selalu berkunjung ke 7-Eleven untuk membeli makanan dan barang keperluan harian.

Memahami kepentingan pelancong Malaysa, Kerajaan Thailand telah melancarkan program ‘Hello Hatyai’ khusus untuk warga Malaysia yang memilih Hatyai sebagai destinasi pelancongan, bagi tujuan merayakan hubungan baik antara rakyat Malaysia dan Thailand.

Kebanjiran pelancong Malaysia yang memasuki Hatyai, secara tidak langsung telah membantu menjana ekonomi dari segi pendapatan peniaga tempatan. Menurut laporan, Thailand meraih ‘keuntungan’ sehingga 1 bilion Baht, impak dari aktiviti pelancongan di daerah itu.