
PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia di Sudan Selatan diarahkan membuat persiapan untuk meninggalkan negara itu segera, sementara penerbangan komersial masih beroperasi.
Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu dibuat memandangkan risiko yang semakin meningkat dan kemungkinan keadaan keselamatan terus meruncing.
Menurutnya, Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya, sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia di samping terus menyelaras dengan pihak berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan status 18 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang berkhidmat di bawah United Nations Police (UNPOL).
"Kesemua mereka berada dalam keadaan selamat," katanya pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL

