Rakyat Malaysia dibawa keluar dari Lubnan selamat tiba di tanah air

6 Oct 2024 • 11:26 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Kementerian Luar mengesahkan enam orang daripada satu keluarga rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dari Lubnan.

Dalam kemas kini terbaharu mengenai pemindahan rakyat Malaysia dari Lubnan, Kementerian Luar berkata enam orang lagi dijadual tiba di Malaysia malam ini.

“Ini menjadikan jumlah rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang berjaya dibawa keluar dari Lubnan dalam tempoh dua hari lalu seramai 17 orang,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Walaupun keadaan semakin mencabar di Lubnan, kementerian itu yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata Kedutaan Besar Malaysia di Beirut berjaya mengaturkan penerbangan bagi semua baki rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan untuk pulang ke Malaysia.

“Mereka dijangka tiba di Malaysia secara berperingkat pada Isnin dan Selasa ini,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved