Rakyat Malaysia Dihadkan Memiliki 5 Kad SIM Prabayar dan Warga Asing Pula 2 Sahaja

LocalTechnology
26 Feb 2026 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pihak SKMM telah menerbitkan garis panduan baharu pemilikan kad SIM prabayar hari ini. Bagi Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap/Pemastautin Sementara, had pemilikan SIM ditetapkan kepada 5 kad SIM bagi setiap individu bagi setiap penyedia perkhidmatan.

image is not available

Bagi bukan warganegara pula, had pemilikan SIM disemak semula kepada 2 kad SIM bagi setiap individu bagi setiap penyedia perkhidmatan. Bagi pengguna berumur antara 12-17 tahun pula pendaftaran hendaklah dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga dengan maklumat dan persetujuan mereka direkodkan. Pada waktu yang sama kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak boleh mendaftar untuk memiliki kad SIM prabayar mereka sendiri walaupun dengan kebenaran ibu bapa.

Sementara itu bagi pelancong yang datang melawat Malaysia pula, kad SIM pelancong dihadkan untuk penggunaan maksimum selama 3 bulan sahaja dengan penamatan secara automatik selepas tempoh tersebut. Dengan garis panduan ini, SKMM ingin membanteras sindiket penipuan atas talian yang menggunakan SIM kad prabayar bagi menjalankan aktivis haram mereka.