Rakyat Malaysia Diingatkan Cakna Perubahan Undang-undang Singapura – Pesuruhjaya Tinggi

4 Apr 2024 • 8:50 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia. - gambar BERNAMA

SINGAPURA - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar mengingatkan rakyat Malaysia termasuk golongan yang bekerja di sini supaya sentiasa cakna dengan perkembangan undang-undang negara berkenaan.

Katanya, ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa di negara ini.

"Saya harap semua sentiasa 'update' (cakna) tentang undang-undang Singapura. Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya.

"Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia dan ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhentikan," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini, Rabu malam.

Majlis anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia itu dihadiri lebih 80 rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada golongan pekerja. 

Vape adalah diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga S$2,000 (RM7,000) bagi setiap kesalahan.

la juga satu kesalahan untuk menjual, memiliki untuk dijual, mengimport atau mengedar rokok elektronik dan komponen berkaitannya.

Pesalah boleh didenda sehingga $10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan didenda sehingga $20,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua atau seterusnya. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved